Thursday, July 9, 2009

TIPS KETENTERAMAN HATI

  1. Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.
  2. Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan,sebaik-baiknya tiga kali.
  3. Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.
  4. Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.
  5. Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.
  6. Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.

No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............