Thursday, September 3, 2009

Tag

Assalamualaikum WBT...baru2 ni ada sahabiah yg tag ana di email..ana diminta jwb tag 2 pada blog ana..kepada pengunjung blog ana, asif jiddan kalau tag yg ana jwb ni xd la sesempurna mana..k..if antum nk follow tag ni silakn copy..ana izinkan=)

Tag ini ditujukan bagi menguji sejauh mana kekuatan iman antum sepanjang Ramadhan..jawablah tag ini dgn ikhlas

Apakah Ramadhan pada enti?

Bagi ana,Ramadhan ini adalah bulan yg penuh dgn rahmat dan tiada gantinya utk bulan yg lain.Dalam Ramadhan inilah kita dididik mengasah jiwa dan mempertajamkan iman..penuh kesabaran..penuh keinsafan..hati yg kosong kian diisi dgn tarbiyyah dan muqarabah.Tiada tiang utk menghalang perjalanan menuju Firdausi.Marhaban Ya Ramadhan Al-Kareem….

Azam sempena bulan Ramadhan?

Jika diizinkan, ana ingin khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan ini…insyaAllah..doa2kn yerk!=)

Perkara yg dirindukan dalam Ramadhan?

Ana rindu sgt saat2 tika bertadarus dgn sahabiah2 dulu...terasa keintiman dan kemanisan ukhuwah..kalaulah boleh diputarkan semula waktu,ana ingin kecapi saat itu semula..huhu

Hajat semasa Ramadhan?

Alhamdulillah,sebahagiannya telah tertunai…sejujurnya ana nk sgt berbuka n bertarawikh bersama dgn 2 org ukhti ini(at least dgn salah seorg pn ok,hmm)..tp xsmpai hati nk luahkan cz ana xnkla keinginan ana ini akan mengekang aktiviti mereka yg kian buzy..so biarlah dipendam dulu

Hari yg meletihkan ketika Ramadhan?

Rasanya hari2..hehe..hari Khamis la khususnya..bukan dlm Ramadhan je,bulan biasa pn sama

Kenapa?

Khamis merupakan hari yg byk menguji minda,kekuatan n kesabaran ana agknya..tu yg penat tu=P

Apa yg enti lakukan dengan hari tersebut?

Segalanya ialah ujian semata2..Andai diri mula menerbitkan api kemarahan atau kekecewaan,lantas dipandu semula dgn bermuhasabah bagi mendidik diri menjadi seorang hamba yg hina dan insan yg tidak sempurna...walaupun pada mulanya berat namun jika dikuatkan hati dan jiwa,semangat itu ada di sebaliknya...kuncinya adalah zikrullah

Enti diminta utk tujukan tag ini kepada 3 orang yg enti rapat…sila senaraikan mereka yang terpilih:

hmm ana xtau nk pilih siapa.=(

kepada yg terpilih silalah jawab ye tp ni bkn paksaan..

1. Ukhti mira

2. Ukhti zam

3. Ukhti fiqa

If ad yg nk amik tag ini,copy sahaja k..ana izinkan..xsemestinya tag ini ditujukan hanya kepada senarai atas ini..ana hanya memenuhi kehendak soalan so tag ini terbuka kepada semua..


No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............