Sunday, October 4, 2009

Hidayah


Ya Allah,


KehadiranMu amat ku syukuri,

Sekian lama aku cuba menyusuri,

Jalan yg cahayanya hanyalah samar-samar…


Ya Allah,


Menjadi hambaMu adalah harta yg tidak ternilai,

Engkau meyuluhkanku sebuah cahaya yg indah,

Agar ia menerangi lorongan gelap yg ku tempuhi,

Moga cahaya itu berterusan menemani hidupku yakni hidayah…


Ya Allah,


Pimpinkanlah hati ini dengan tali hidayahMu,


Ikatkanlah diri ini pada pokok petunjukMu,

Agar istiqamah menjadi hambaMu yg solehah,

Biar sekalipun peritnya iman serta kesabaranku diuji…


Ya Allah,


Tidak mampu aku melawan kekuasaanMu,

Dipujuk hati ni meyakini janji-janjiMu,

Biarlah diri ini rebah ke tanah bumi bersujud di hadapanMu,

Untuk menagih cintaMu Ya Rabbi…


Ya Allah,


Kini ku serahkan seluruh jiwa ragaku hanyalah demi mencapai keredhaanMu,


Berguguran air mata ini membasahi wajahku,

Tanda kesyukuranku akan kurniaan hidayahMu,

Moga Engkau terus memimpin aku di jalan yg menuju ke Firdausi…



No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............