Saturday, May 1, 2010

♥♥♥ Mengenal Hati ♥♥♥

Salam alaik shbt2!!Khaifa halak??
Lame da xjenguk2 blog nie..
rindu pd antum semua..
hehehe..
ana sengaja biarkan blog nie brsawang dlu.....
membawa diri belayar
orite..
hari nie ana nk kongsi satu perkara 
ana pn sedang menuju ke arah itu..
tenang xtrkata bila disatukan bersamaNya
perkongsian ini dipetik dr magazine lama
hee smpt dibelek2 smlm
apakah itu??
ia dekat dalam hidup kita
...........HATI...........
jom ikut ana ke menyusuri ke dunia organ yg ptg dlm diri

Bismillahirrahmanirrahim

  Hati adalah ibarat sebuah pohon..
Bilamana ia disiram dengan air ketaatan maka buahnya akan nampak dengan jelas..
Mata akan membuahkan penjagaan..
Telinga akan membuahkan perhatian terhadap al-Quran dan ilmu..
Lidah pula akan membuahkan zikir dan ucapan yang baik..
 Kedua tangan dan kaki akan membuahkan amal2 kbajikan,taat serta sikap mahu membantu orang..
Namun apabila hati menjadi kering..
Tidak disirami air ketaatan..
Buahnya akan gugur..
Manfaat terus lenyap..



Hati ibarat cermin..
Nafsu seperti asap atau wap..
Setiap kali asap itu melekat di cermin..
Cermin itu akan mnjadi hitam lalu keindahan serta kejernihan menjadi pudar..
Hati yang lemah tidak ubah spt cermin milik orang tua..
Yang sudah tidak punya perhatian lagi utk membersihkannya..
Dia mengabaikan cermin itu sehingga wajahnya xkeruan..
Tetapi..hati yang mengenal Allah..
Spt cermin milik pengantin wanita yang cantik..
Setiap hari dibersihkan sehingga cermin itu tetap berkilat biarpun sudah dimamah usia..

Hati dan anggota sentiasa berkait..
Anggota badan ibarat saluran air yang mengalir menuju ke hati..
Lalu menumpahkan airnya..
Ingatlah..jika ingin membersihkan air tersebut..
Jauhkanlah dari kotoran2 yg dpt merubahnya menjadi najis!!
Janganlah siraminya dengan MAZMUMAH
Hati tidak dikotori oleh sesuatu yang keluar darinya..
Akan tetapi ia dikotori oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya..

Peliharalah cahaya hatimu..
Janganlah engkau membuka tatapan mata..
Kecuali untuk menambah ilmu atau hikmah..
Siapa yang ingin berbagai jenis hati..
Hendaknya dia melihat berbagai jenis rumah di daerahnya..
Ada rumah yang sudah rosak dan menjadi tempat kotoran sampah..
Ada rumah yang tidak bercahaya,gelap-gelita..
Ada rumah yang menjadi tepmpat berkicaunya buruk gagak dan burung hantu..
Dan ada pula rumah yang ramai penghuninya..
Menyebarkan wangi-wangian dan bunga serta disinari kilauan bintang bergemerlapan..

Jika hatimu tidak hadir..
Maka tangisilah dirimu..
Taburilah kepalamu dengan tanah..
Berdoalah agr Allah memberi hati yang khusyuk..
Ketahuilah bahawa orang yang hatinya sakit kerana maksiat dan nifak..
Dia tidak akan dapat memakai baju ketakwaan..
Bila hatimu bebas dari segala penyakit nafsu dan syahwat..
Beerti engkau telah memperolehi takwa..

Bertaubat dan beristighfarlah selalu..
Agar hatimu sibuk dengan zikir sehinnga engkau dilumuri cahaya..
Jangan sekali2 berbuat seperti penggali sumur yang mencari air..
Dia menggali di sini sehasta kemudian menggali di tempat lain sehasta..
Namun air tidak diketemu..
Seharusnya dia menggali di satu titik sahaja dengan bersungguh2 hingga air ditemukan..

Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian..
Jauhilah sesuatu yang syubhah..
Keluarlah menuju ke padang taubat..
Pakailah baju penyesalan..
Angkatlah panji kehinaan..


Tinggalkan tempat tidur..
Ubahlah kedudukanmu dari jauh kpd Allah dgn mndekatiNya..
Dari permainan dgn kesungguhan..
Berilah makan fakir miskin..
Biasakan hatimu utk mengasihi dan mencinta..
Mmemperbanyakkan menangis..
Dan teruslah berdoa kerana mengharap dan cemas..
dengan mudah-mudahan engkau sembuh..

  Wahai hamba Allah!!
Agama adalah modal hidupmu di dunia..
Apabila engkau kehilangannya..
Sibukkan lisanmu dgn menyebutNya..
Hatimu dgn mencintaiNya..
Anggota badanmu dengan mengabdikan diri kpdNya
Bersikap tawaduk..
Temuilah para ulama' yang mengamalkan ilmunya..
Sehingga benih datang,turunnya hujan dan ia pun tumbuh..
Sesiapa yang memperlakukan hatinya spt petani memperlakukan tanahnya..
Hatinya akan bersinar dgn cahaya iman dan hikmah,InsyaAllah


Syeikh Ibnu 'Atoillah al Sandakari r.a berkata:-

"Jika engkau hendak membersihkan dan membuat hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya, maka hendaklah engkau melakukan 4 prkara iaitu:
Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran,selalu berdiam dan sedikit berbicara,menyendiri utk bermunajat kpd Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan sedikit makan dan minum"


Rasulullah SAW bersabda:- 

"Hati manusia lebih bergolak drp kuali yg sdg mendidih di atas api"

 "Wahai yang membolak-balikkan hati dan pandangan.Teguhkan hatiku ini di atas agama dan ketaatan padaMu"

So,marilah kita sama2 merawat hati..pugarlah bumi hatimu..siapkanlah takungan sbg psediaan utk myerap dan menadah hujan hidayah.........hee,akhir kata dari ana strive for mardhatillah n tc,wassalam





































2 comments:

Diriku.. said...

Salam ukhwah..
sesungguhnya hati diciptakan dengan kekuatan dan keteguhan yang tiada sempadan.. semoga kita tidak melemahkannya dengan kesilapan yang melekakan dan dosa yang membinasakan..
Teruskan menukilkan perkongsian ilmu dunia untuk mendapat keredhaan di akhirat..insyaalah..
Barakallah..

pUTerI sAkInAh said...

InsyaAllah..jazakallah khairan kathira..
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”.
( Surah Ali’Imran: 08)


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............