Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Titik Keinsafan


Salam alaik  wa Ramadhan al-Kareem pd smua pengunjung blog..cmne puasa antum kali ni? Harapnya meningkat dr yg lepas,insyaAllah.. apa yg ana nk kongsikan brsama kli ini,prnah dgr x lagu Iktibar Ramadhan??Ana suka dgn lirik lagu ni..Ramadhan ni bukan hanya sekadar menjadi kewajipan tp juga merupakan satu didikan yg mengajar kita erti keinsafan ats kesusahan org lain..xsmua org sng spt kita tau..cbe lihat di negara2 Islam yg lain di mana kaum Yahudi sdg cuba utk memerangi saudara2 kita di sana..kanak-kanak,wanita,orang tua bahkan lelaki brtungkus lumus menyelamatkan keluarga,bangsa,agama dan negara mereka sndiri dgn niat fisabilillah..syahidnya mereka amat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT..Allahuakbar!! Dgn keadaan yg xbrdaya..biarpun fizikal kian lemah..kelaparan..penderitaan yg terus menemani diri apa lagi kini Ramadhan menjelma namun jihad mereka ttp utuh ats cintakn Islam yakni Agama Allah..cbe renungkan kembali keadaan kita dgn mereka?Jauh brbezakn?Tp cmne kita di sini menyambut Ramadhan?Skrg ni pnuh dlm berita kisah bayi dibuang,kes pmbunuhan,anak derhaka n lain2..nauzubillah..renungkanlah ya sahabat fillah..brsama-samalah kita merenungi diri,bermuhasabah tatkala ramadhan ni(jgn insaf tika ramadhan je ye)..
Sesungguhnya Allah S.W.T menghadiahkan kepada kita satu bulan Allah yang cukup istimewa dengan rahmat, berkat dan magfirah. Bulan yang mewajibkan kita untuk berpuasa sebulan. Di sisi Allah S.W.T, bulan ini adalah sebaik-baik bulan,harinya sebaik-baik hari, malamnya sebaik-baik malam, detiknya sebaik-baik detik, kerana tidak terlepas walau sesaat akan pahala, rahmat dan keampunan Allah s.w.t diberi kepada hamba-hambanya.

Terus mengalir segala kebaikan padamu wahai hamba Allah, selagi kamu berzikir, nafasmu adalah tasbih, tidurmu ibadah, doamu dikabulkan, amalan kamu diterima, bertimbun-timbun semaian kebun di syurga jika kamu bersedekah, hatimu disucikan dengan puasamu, tilawahmu berganda-ganda pahala sehuruf dari Al-quran. Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan iblis digari.
Bukan hanya sekadar puasa menahan lapar dan dahaga, akan tetapi menjaga lidah, tangan, kaki, telinga, hati dari perbuatan keji. Harus diingat kita masih ada nafsu yang boleh menakluk iman. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang memanfaatkan serta bermujahadah di bulan ramadhan dengan penuh ketaqwaan.

Rebutlah sebanyak mana kebaikan dan amalan di bulan ini,serta memohon sebanyak mungkin keampunan, kerana janji Allah itu pasti bagi kita, selagi kita bertaqwa padaNYA. Berpuasalah di siang harinya, berbuka pada waktunya,bertarawih di malamnya ditambah pula bertahajud di sepertiga malamnya. Setahun ada 12 bulan, hanya sebulan ini Allah memberi peluang membuka luas segala rahmatNYA dan keampunanNYA dari bulan-bulan yang lain. Ini adalah semata-mata untuk kita umat islam. Sungguh besar kasih sayang Allah pada hambaNYA, meluas kasih ramadhan dengan kehadirannya, tetapi apakah kita tergolong diantara kekasih-kekasih Ramadhan yang sering menangis bermunajat kepada Allah...atau kelak di padang mahsyar kita yang menangis kerana mensia-siakan Ramadhan. Sama-sama kita renungkan. Moga kita tergolong bersama kekasih-kekasih Allah dengan kasih Ramadhan....Amin Ya Rabb.(Di sini ana sertakan bersama lagu Iktibar Ramadhan..hayatilah..ttup dulu lagu utama blog ni yee jika nk dengar^,^)





No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............