
Diam adalah satu perkara yg sinonim dalam kehidupan manusia.Namun adakah semua orang tahu kelebihan yg terdapat dlm diam?Orang yg pendiam itu adalah lebih baik drp org yg berbicara yg tidak keruan.Sikap yg baik dan menjadi pendiam,kedua-duanya adalah sifat yg mulia dan tidak sukar utk mengamalkannya asalkan hati ikhlas utk melakukannya.
Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu sekiranya aku khabarkan kepadamu bahawa dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh ialah DIAM dan BAIK PERANGAI."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
Jika tidak dapat berkata-kata yg baik maka lebih baik mendiamkan diri.Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,lalu baginda menjawab:"Aku tidak diutuskan untuk melemparkan kutukan tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembawa rahmat."(Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkatnya.Anas r.a, pembantu rumahtangga Nabi SAW berkata:"Aku membantu rumahtangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh "Ah!" kepadaku dan belum pernah baginda menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?"(Riwayat Ahmad) kepada sabda
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW:"Seorang mukmin bukanlah pengumpat,yang suka mengutuk,yang keji dan yang ucapannya kotor."
Demikian DIAM itu lebih baik dari bercakap kosong.Ingatlah mutu keimanan seseorang itu kepada Allah SWT dan hari akhirat boleh diukur dengan bagaimana dia mengendalikan lidahnya..wallahualam
No comments:
Post a Comment