Sunday, June 14, 2009

TIGA JENIS MAHKAMAH

Terdapat tiga jenis mahkamah yg ada dalam kehidupan.Pertama,mahkamah di dunia di mana saksi,pendakwa dan hakimnya terdiri drp manusia spt kita juga.Dengan kebijaksanaan dan kelicikan,mahkamah dunia dapat diperdayakan dgn mudahnya.Cuba kita lihat sering kali yg bersalah terlepas namun sebaliknya yg berada di pihak benar pula terhukum.Adilkah?Justeru,masyurlah kata hukama di mana tidak ada keadilan yg muktamad dan mutlak di dunia ini.Jerung sering diibolos,ikan bilis juga sering digilis.



Jangan kita ingat kita terlepas di dunia,kita juga akan terlepas di akhirat.Inilah mahkamah yg kedua iaitu mahkamah di akhirat yang hakimnya ialah Allah SWT yg bersifat Maha Adil.Di sana jualah yg benar akan terserlah,yg salah pasti akan kalah.Segalanya ketara walau bagaimana bijak sekalipun bersilat kata.Tidak perlu saksi mahupun bukti kerana apa yg ada pada diri akan hidup utk menjadi saksi.Tanpa disedari segala anggota memainkan peranan utk bercakap.Maka akan tertegaklah keadilan yg hakiki.



Dan inilah kemuncak segala-galanya.Mahkamah yg ketiga inilah yg menentukan segala perbuatan kita.Apakah mahkamah itu?Makamah hati.Saksi,pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri.Hati kecil yg sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya.Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia.Fitrahnya akan menjerit.Itulah jeritan batin yg mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yg lebih menyakitkan.Dosa boleh disembunyikan drp pengetahuan manusia namun tidak akan mampu disembunyikan drp Allah SWT dan juga hati sendiri.Kita mungkin dapat menipu manusia tetapi kita tidak akan dapat menipu Allah SWT dan diri sendiri.Jadi ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati?Setiap masa,setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan berbicara.Tidak tegar dgn kesalahan,tidak rela dgn kemungkaran.



Justeru fikir-fikir dan renung-renungkanlah wahai para sahabiah yg disayangi.Mana yg lebih penting?Bermuhasabahlah diri dengan nur illahi,Sering-seringlah bersidang dengan mahkamah hati,Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri,Hati kecil itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati....
Peringatan ini turut dijadikan pedoman bagi diri ana dan juga antunna..wallahualam


No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............