Sunday, November 29, 2009

Surat Seorang Ibu


Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemana jua ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus dibedah atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam,minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu giliran memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kehebatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan serangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu bermimpi indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di badan ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk lama di ruang tamu
Atau duduk di lantai menemanimu menyelesailkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan penderitaanmu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…


P/S : Tanpa ibu, tiadalah kita di dunia...doa ibu adalah "roh" untuk
kehidupan kita sebagai anak.. tanpa roh, jasad tak akan
berfungsi..betapa besarnya jasa mereka...marilah sahabat,
ikhlaskan hati mendoakan kesejahteraan,kebahagiaan keluarga
serta insan2 trsyg..m0ga rahmat Allah menjadi milik kita,insyaAllah..
wakafa billahi wakila..innallah ma'ana(^,^)

No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............