Tuesday, December 1, 2009

Sebuah Janji



Rentetan waktu
Terkadang terasa dipadu
Aku mesra dengan dunia imiginasiku
Aku hidup dalam khayalan
Aku riang dalam kenangan

Tiba-tiba
Aku tersentak
Perjalananku masih jauh
Aku perlu meneruskan perjuangan yang belum selesai
Aku harus meninggalkan dunia imiginasiku
Melupakan khayalan dan kenangan lalu
Aku harus bangun dari lena yang panjang

Aku harus segera m
enunaikan
Hasrat dan harapan ayahbonda
Bagai terdengar bisikan bonda
Ingin melihat kejayaanku
Bagai terlihat wajah ayah
Yang penuh mengharap

Ayahbonda
Janjiku akan ku tunaikan
Harapanmu akan ku bekukan menjadi keazaman
Impianmu akan terlaksana
Aku akan meneruskan hidup ini
Percayalah...

P/S:Finals jz around da corner!!!So igtlah sahabat,

Perjuangan ini samudera kehidupan...di tanah gersang mengatur pengembaraan penuh likuan,cabaran jua halangan...berpadu bertarung tenaga di sepanjang perjalanan...andai benar pahitnya perjuangan..harus difikirkan manisnya kejayaan(^,^)

Kepada sahabat2 yg bakal menempuhi final exams,ana ucapkan maat taufiq wannajah fil imtihan=)





No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............