Sunday, January 24, 2010

Warkah Kasih Untuk Yang Diingati

Salam alaik...

 
-->Perjalanan hari ni begitu sunyi,
Meskipun suara2  berdekatanku begitu jelas kedengaran,
Ntah kenapa hati ni rasa begitu hiba,
Kosong bagaikan tiada sesiapa di situ,
Seolah2 ia meronta utk diingati…

Kian jauh perjalanan ini,
Barulah aku mengerti apa yg dirasai,
Rupanya aku merindui utusan allah swt,
Aku mengimbas kembali ke masa lalu,
Tatkala diri berjauhan dengan keluarga,
Mereka hadir menemaniku,
Tatkala diri terlantar dengan ujian allah,
Merekalah yg mnjadi doktor,
Tatkala  terjatuh,
Merekalah tongkat untukku berdiri,
Tatkala gembira,
Ku lihat wajah mereka sungguh ceria,
Begitu juga bila diri dilanda kesedihan…..

Tetapi
Baruku sedar kenakalan yg ada dlm diri ni,
Aku melawan bila mereka berbicara,
Aku degil bila mereka menasihatiku,
Aku diam bila diminta meluahkan kata…

Sedar x sedar masa kian berlalu,
Waktu terus berjalan tanpa mengenal hati,
Dirasakan seolah2 kami baru bertaaruf semalam,
Kini tiada lagi gurau senda dari mereka,
Hanya secebis ingatan waktu bersama mereka,
Dan sulaman gubahan rindu yang tak mengenal jemu..

Segalanya akan menjadi sepi,
Hanya kenangan yang dikumpul
Dan disimpan menjadi diari hati…

Bukan diri ingin menjauhi mereka,
Namun,
Biarlah kasih ini dititipkan melalui doa,
Biarlah rindu ini diluahkan melalui kasih illahi,
Keranaku tidak layak untuk menempatkan diri dalam kelompok insan spt mereka….




 Ya ukhti,
Dengarkanlah pesananku ini….

Biarpun pahit untuk ditelan,
Biarpun sakit untuk ditempuhi,
Biarpun sukar untuk ditelusuri,
Tegarlah,
Kuatlah,
Seperti pepasir pantai yg xgoyah ditolak ombak…

Moga kemesraan terus berkekalan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..

Andai.. Segalanya berakhir,
Andai.. Air jadi batu,
Andai.. Warna menjadi pudar,
Aku akan cekal mengharungi hidup,
Sekalipun aku disini.. Menunggu waktu untuk pergi….

Ya Rabbul Izzati,
Andaiku tahu peritnya perasaan ini,
Tidak akan ku hulurkan tangan berjabat ukhwah,
Namun ku pasti pertemuan ini akan kembali,
Jika bukan didunia ini,
Nun di syurga sana menanti,
Jika layak ku menghuni….

Ya Rabb,
Maafkan aku ,
Aku tau mereka milikmu,
Tetapi aku tidak bisa menjaga utusanmu sebaiknya,
Diri ni begitulah  kerdil jika dibandingkan dengan mereka,
Justeru ku titipkan kasihku melaluimu,
Hanya engkau yg selayaknya….



No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............