Saturday, August 28, 2010

 

Perlu ke hati ni berbicara???????
Perlu ke diri ni menceritakan segalanya????????
Luahan bukanlah senang utk diluahkn,
Akn tetapi kehibaan ini memaksa,
Blog menjadi penulisan isi hati….
Ya Allah,Kau lebih mengerti akan kpedihan ni,
Kesilapan silam yg merudum jiwa ini,
Tetapi perlu ke kesilapan itu diheret dlm medan masa kini?
Sehinggakan hilangnya kemanisan sebuah ukhwah….


Hati cukup terkilan tika saat itu bermula,
Tangan dihulurkan tidak bersambut,
Bicara diluahkan tidak terjawab,
Senyuman dilontarkan tidak terbalas,
Ini ke yang dinamakan ujian ukhwah ya Rabbi?

Pedihnya hati ni..sakitnya jiwa ini tika memikirkannya
Membuatkan diri semakin dibuai dgn rs bersalah akan kesilapan lalu,
Kini, ana sengaja menjauhkan diri andai itu yg dimahukan,
Tiada lagi persalaman,senyuman dan teguran,
Ana xtau apa yg dirasai olehnya….

Biar sejauh mana pn ana melarikan diri,
Bila manapun hati diubati dgn zikrullah,nasyid ataupn berjalan,
Mencuba dgn mengisi masa bersama sahabat lain,
Kerinduan itu semakin menebal dlm hati….

Ana ingin tebus segalanya,
Akan tetapi saat itu telah mengubah niat diri ini,
Bukannya egois,marah tetapi terkilan,
Mungkin diri ni sudah tidak wujud padanya,
Ana redha andai ini hukuman ats kesilapan itu….

Ya Rahman,
Janganlah ujian ini meruntuhkan jiwa ana dalam menyebarkan dakwah,
Hindarkanlah hati ini jatuh dalam memperjuangkan Islam….

Ya Allah,
Ana rindukan ukhwah yg dulu,
Tetapi reaksinya membuatkan ana dikuasai  dgn salah ana sendiri..
Titipkanlah kembali kasih sayang kami,
Pulihkan kembali tali ukhwah kami andai Kau redhai,
Hanya satu harapanku sebelum pergi,
Sampaikanlah salam maaf ana pada mereka Ya Rabbul Izzati….











"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............