Friday, October 1, 2010

Ujian Seorang Muslimah

Salam alaik..terimalah sebuah hadiah @ prkongsian dr ana buat shbt2 mslimah di luar sana..ana suka lagunya tp lbih brmkna bila brsma isi video ni..moga dpt mnjd lndsn dlm hidup ni,insyaAllah ~,^




Rasulullah SAW bersabda : "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).


Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita."
(hadith riwayat Muslim dan Ahmad).


Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya :
"Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat."
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).


Ingatlah sahabat.......


Sakit ini satu nikmat
Biarpun ia menyakiti diri
Begitu juga tika kesedihan melanda hati
Bersendirian di kala sepi
Namun.....
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembunyi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai......



Katakanlah wahai muslimat sejati, salafi dan sunni dan hakiki serta umat Rasulullah SAW apabila antum digoda oleh hasutan syaitan dengan menerima kehadiran maksiat tanpa diundang dalam hidup antum katakanlah "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".








No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............