Saturday, March 12, 2011

Apabila Terlalu Memilih


Ummi - Mat, Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumah-tangga
Mat - Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai dengan Mat

Ummi - Ni biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Mat - Nampak ok tapi dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi - Seminggu Ummi cari calon ni, B macam yang Mat nak
Mat - Masya Allah, tapi B ni rendah pulak orangnya Ummi

Ummi - Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, rasanya memenuhi citarasa Mat
Mat - Subhanallah, cantik tapi dia tak putihlah Ummi..

Ummi - Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan tak gempal
Mat - Mat nak macam tu tapi.... yang lebih lembut orangnya

Ummi - Ni E pulak, sebulan kawan Ummi carikan calon anak Ummi ni
Mat - Banyak ciri yng Mat suka tapi Mat nak kelulusan Professional lah Ummi

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Mat - Allah Allah...kalau dia ada sifat kepimpinan, Mat memang setuju



Ummi - ni pulak G, doktor muda Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Mat - Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal Qur'an lah Ummi

Ummi - Maaf Mat, Ummi tak ada banyak masa untuk cari calon yang kau nak
Mat - Cuba Ummi minta tolong abah carikan...

Ummi - Abang, cubalah abang carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah - Calon yang macam mana dia nak?

Ummi - Dia nak seorang yang putih, cantik, tidak rendah atau tinggi, tidak gempal, lemah lembut, lulusan professional, berkarismatik dan ciri terakhir, mesti hafal Qur'an.

Abah - Ok lah sayang,abang ni kurang penyabar orangnya. Ayang pesan je pada Mat tu... kalau dia nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.




Ana tertarik dengan kata-kata ini.....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Simple word but meaningful....Islam mndidik kita utk mnjadi sederhana dlm smua pkara termasuk dalam pemilihan..bukan ke mnjadi sederhana itu indah????Mendapatkan sesuatu yang kita ingini mmg sukar ttp lebih sukar jika kita ingin menjadikan ia  sederhana..Sperti cerpen pendek tadi..semuany hnya nafsu semata2..kita merancang ttp Allah adlah perancang yang terbaik.....Masih terngiang kata-kata seorang sahabat "Nafsu manusia kadang seperti air. Tak pernah henti untuk selalu mengalir. Selama masih ada ruang, di situlah air mengalir. Bezanya dengan air yang mengalir ke tempat lebih rendah, nafsu terus mengalir ke arah sebaliknya."...dalam Hadits Riwayat Ibnu Majah,Imam Bazzar dan Imam Baihaqi dari Abdulllah bin Ummar bahawa Rasulullah Saw Bersabda yang ertinya:Jangan kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kecantikan boleh menjadikan fitnah dan jangan pula kamu nikahi wanita kerana hartanya,kerana ia boleh merendahkan martabat dan kehinaan.Kahwinilah wanita kerana agamanya,sebab wanita yang hitam,hodoh tapi baik agamanya itu lebih baik dari wanita yang kaya,cantik yang tidak memiliki agama.

"Idza wasada al amri illa ghaeri ahlihi fangtadziru al assaati" 
Jika suatu perkara itu diserahkan pada yang bukan ahlinya,maka tunggulah saatnya (saat kehancuran dan kegagalannya)


No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............