Wednesday, February 16, 2011

Adik-Adik Kakak Sayang




Adik-adikku…..

  Kakak sayang adik semua…
Wahai adik-adik yang dicintai kerana Allah SWT,
Jangan terlalu asyik bermain dengan permainan dunia,
Jangan kamu lalai,
Jaga solatmu, jaga bacaan al-Quranmu,
Kamu tidak tahu apa yang diluar sana,
Cuba mengetuk dan membelasah minda kamu,
Sama seperti kehidupan yang kamu banggakan sekarang ini,
Memang canggih,memang moden,
Tetapi kamu tidak lihat ia mampu membawa kita pada kesesatan,
Jom adik-adik,
Mari kita upload iman kita,
Kita buka al- Quran, kita buka kitab, kita buka lembaran sejarah,
Kita belajar,
Tidakkah kamu cemburu ada insan-insan se’batch’ kamu,
Berjaya mengkhatam al-Quran, mempelajari kisah-kisah nabi setiap hari,
Atau kamu lebih bangga mendapat first place dalam duniawi?
Namun kakak senang melihat tangismu memahami,
 Tatkala kakakmu berbicara soal hati perasaan ibu dan bapa,
Kamu mengerti,
Dan kakak bangga tatkala kamu berjanji berperibadi kepada mereka ibubapamu,
Dan iya, kakak juga terkadang terleka begitu,
Mari kita belajar untuk berubah bersama-sama..
Mengenal Allah dan Rasulullah,
Supaya adik-adik kelak dapat memahami kematangan,
Supaya adik-adik kelak boleh menjadi seperti Muadz bin Amr, juga seperti Zubair bin Awwam,
Mengheret pedang di medan jihad tika usia sebayamu, memahami hidup,
Menjadi Aisyah binti Abu Bakar dan tak lupa juga Zinnirah Al-Mumtahanah,
Akhlak mereka menjadi contoh kepada serikandi-serikandi Allah,  
Dan ia tidak mustahil,
Supaya keluarga kita bisa menjadi keluarga yang soleh,
Keluarga yang dilindungi Allah dari segala kejahatan,
Dan menjadi sebuah keluarga yang memantulkan peribadi-peribadi Al- Quran dan As-sunnah,
Moga ia menjadi kenyataan, amen..
Mari kita berusaha bersama-sama..
(~,^)

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya daripada manusia dan batu…..” (66:6)

"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

_____Kita remaja yang bagaimana?________

Ayuh..mari kita telusuri diri ini adik-adikku........





No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............