Saturday, November 26, 2011

HIJRAH~PARADIGMA DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum WBT kepada semua para sahabat khususnya muslimat...alhamdulillah,seperti yang semua umat Islam tahu,esok merupakan NEW YEAR bg kalendar Islam..tp apakah pernah kita benar2 mnghayati maksud di sebalik thn baru ni?Adkh Hijrah hnya sekadar pd nama?Sbg manusia,kita xlari dr nk berubah ke arah kebaikan..hnya sometimes nafsu ni yg mnyekat kita dr fitrah..begitu juga apabila hijrah..ana sendiri pn xlari dr situasi ini..so malam yg dirahmati Allah ini mari kita fikirkn sejenak apa yg mmbawa erti pd hijrah atau juga dikenali sbg muharam....ni sebahagian yang dikongsi oleh sahabat fillah:




Roh sebenar hijrah dapat kita hayati daripada butir-butir baiah(perjanjian) al-Aqabah kedua yang dimeterai antara Rasulullah saw dengan beberapa orang Ansar pada musim haji ke-13 kenabian.Dalam kitab Musnad Imam Ahmad(no 13934-sanad yang hasan), Jabir telah menceritakan peristiwa tersebut. Beliau telah bertanya Rasulullah saw pada hari itu: "Apakah butir-butir perjanjian ini wahai Rasulullah?" Baginda menjawab:
"Berbaiahlah(berjanjilah) kalian semua untuk sentiasa:

  1. Taat kepadaku dalam keadaan rajin ataupun malas.
  2. Mengeluarkan belanja(demi Islam) dalam keadaan susah dan senang.
  3. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Tegak mempertahankan agama Allah dan tidak mempedulikan celaan para pencela.
  5. Membantuku apabila aku tiba di Yathrib(Madinah).
  6. Menjaga dan mempertahankanku sebagaimana kamu semua mempertahankan diri kamu sendiri, para isteri dan anak-anakmu.

"Bagi kamu Syurga!"(Imam al-Hakim dan Ibn Hibban telah mengesahkan sanad hadis ini dalam kitab mereka).
Dalam kitab Sirah Ibn Hisham(jil. 1, hlm. 440), Ka'ab menyatakan bahawa seramai 73 orang lelaki dan 2 orang wanita telah hadir dalam baiah ini. Setelah selesai MoU ini, Rasulullah saw melantik 12 orang naqib(pembimbing) untuk menjadi pembimbing kepada masyarakat Yathrib sebelum Baginda bertolak ke sana. Mereka terdiri daripada 9 orang puak Khazraj dan 3 orang puak Aus.



 Dalam satu hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tiada hijrah(ke Madinah) selepas pembukaan Kota Makkah, tetapi yang kekal wujud hanyalah jihad dan niat. Apabila kamu diseru untuk berjihad hendaklah kamu menyahutnya."(Riwayat al-Bukhari no. 2575, Muslim no. 2412)
Imam al-Nawawi menjelaskan maksud hadis dengan menyatakan bahawa umat Islam masih berpeluang mendapat pahala seumpama hijrah dengan melakukan kewajipan berjihad. Roh hijrah daripada Baiah al-Aqabah ke-2 inilah yang mesti dijadikan inspirasi dalam membuat penghijrahan dalam diri sendiri, keluarga dan masyarakat.



Konsep hijrah;
  • Hijrah dalam keyakinan (i‘tiqadiyah).
  • Hijrah dalam pola ibadah (Ta’abbudiyah).
  • Hijrah dalam bentuk moral dan etika (Akhlaqiyah).
  • Hijrah dalam pemikiran dan budaya (Aqliyah Tsaqafiyah).
  • Hijrah dalam institusi keluarga (Usrawiyah).
  • Hijrah dalam konteks sosial kemasyarakatan ( Ijtima’iyah).

Semoga tahun ini dan tahun akan datang menjadi yang lebih baik dalam peningkatan iman dan taqwa terhadapNya.Tanamkan roh perjuangan dalam hati agar akar keimanan yang disemai bercambah sehingga melahirkan hasil buah yang enak yakni syurga~,^

Di sini terdapat beberapa tawaran yg Allah berikan terhadap hambaNya..ayuh,kita renungkan dan berebutkannya..jgn hnya berebut ats twrn dunia ttp juga tawaran akhirat yg mrupakan jaminan sbnr seorang manusia yg brgelar hamba=)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?



تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.




يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf: 10-13 )

~Sesungguhnya jalan yang sukar itu lebih indah atas
 ujian cinta dan kasih Allah terhadap keihlasan hambaNya dalam mencintaiNya~

DAR AL-HIJRAH @ SALAM MAAL HIJRAH DARI LAMAN ILMAN NAFIA^^
~jom kutip batu2 pahala dalam persinggahan menuju akhirat..andai diri ni jatuh ke neraka,hulurkan tgn kalian, sahabat utk mnarik diri ini dalam perjalanan menuju syurga..moga redha Allah milik bersama,insyaAllah~



 




No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............