Wednesday, December 9, 2009

HATI......



Sesungguhnya hati manusia ini mudah berbolak-balik..

Seperti madah seorang sahabat,"Kita bukan robot, kita bukan malaikat.."
Keyakinan dan Iman manusia itu ada turun naiknya..









Kadang-kadang kita punya hala tuju untuk ke arah sesuatu matlamat,
Kadang-kadang di pertengahan jalan, kita bertemu pilihan persimpangan,
Yang mengundang resah dan gelisah, memikirkan akan KESAN dan AKIBAT,
Yang mengundang rasa takut tersalah pilih, tersalah langkah, tersalah anggap..




Namun,
kekuatan itu datang dan terbentuk daripada usaha mencantumkan cebisan-cebisan keyakinan,
keyakinan yang kita boleh tuai daripada hasil persoalan-persoalan yang dijawab dengan baik,
Kadang-kadang, Allah beri terus jawapan untuk kita,
Kadang-kadang, Allah tangguhkan dulu, supaya kita lebih berfikir,
Kadang-kadang, Allah kurniakan pula persoalan lain, agar kita lebih mendalami dan memahami..






Pokoknya, KEYAKINAN kita pada Allah itu bagaimana,
kerana itulah mencorakkan gerak langkah dan pemikiran kita untuk seterusnya.
Dan keyakinan pada Sang Pencipta Agung itu juga tiada tetapnya pada jiwa seorang hamba bernama manusia..kerana hati manusia itu berbolak-balik dan mudah luntur..
Pangkalnya, haruslah kita menjaga keyakinan itu yakni IMAN di hati..





Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan permata keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Allah......









P/s :- "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"



No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............