Monday, December 7, 2009

Insan Yang Tiada Pengganti





Ya Rasulullah Ya Kekasih ALLAH,
engkau pergi meninggalkan kami sedangkan kami amat memerlukan didikanmu dan kasih sayangmu namun wasiatmu tetap akan kami junjung dan kami pegang yakni al-Quran,hadis dan sunnahmu....

Bertuahnya kita sahabat kerana dipimpin oleh seorang yang begitu menyayangi kita....ketika hari kiamat, Rasullulah S.A.W merayu pada Allah S.W.T agar membebaskan umatnya dari seksa Api Neraka sehingga Baginda mennagis pinta keampunan dari Allah untuk mengampuni dosa-dosa umatnya. Tidak kah kita sebagai umatnya harus berterima kasih kepada Rasullulah S.A.W? Tidak kah kita seharusnya rasa bersalah kerana mensia-siakan cinta Rasullulah pada kita? Tergamak kita melihat Rasullulah S.A.W menangis padahal kita tidak?Fikir2kanla sahabat..

Allahummasolli ‘ala saiyidina Muhammadin nabiyil ummiyyi wa ‘ala alihi wasohbihi wasallim.Ucapkanlah salam ke atas baginda sambil menghadirkan ingatan pada baginda sebagai kecintaan kita kepada Rasulullah....wallahualam

P/s :- Antum boleh tutup dulu music pd blog ana skiranya nk lihat video ni..takut mengganggu..asif jiddan

No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............