Thursday, December 31, 2009

Perginya Kerna Cinta

Salam bicara...
.bersama post nie,ana sertakan sebuah cerpen rekaan ringkas yg ana ambil dari blog seorang sahabat dan semoga kita dapat menjadi muslimah seperti Aisya Najwa(heroin dalam cerpen nie).

-->
Ana tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya  walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenium yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.
Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, ana resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa ana dengan ramah tanpa suara. Di tangannya teguh dipegang Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian.

Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Ana menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Aisya Najwa, langsung bertanya mengenai diri ana. Sejak itulah ana mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.
Aisya Najwa, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Ireland ini; UMI. Malu ana sendiri, sedang ana yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan ana. Hujahnya mengasak-ngasak mindaku.
Dia hebat! Sempurna! Muslimah sejati, harapan umati.
Ana mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar ana bukan sekamar dengannya (kalaulah ana dapat memohon dari dahulu) tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, ana kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah? Masakan ana dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan “bodoh” ana? (Sabarnya dia melayan kerenah ana yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya!)
Kata ukhti Wani, Aisya Najwa bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Ukhti Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabat ana itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.
Kata Ukhti Wani lagi, Aisya Najwa tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu.) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala ana menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya.( Dia selalu mengingatkan ana; seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, ana selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.
Misterinya sahabat yang ana kasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, ana lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali ana perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan ana akan berlalu sepi.
Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Ana pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hati ana dicengkam rindu.
Ketika berita itu sampai kepada ana, ana jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila ana sedar dari pengsan, ana ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatan ana diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabat ana itu, dan ingatan ana kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, ana pasti ana sudah lama mati.
Berbulan lamanya ana menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabat ana Aisya Najwa! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hari ana. Kerinduan ana padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Aisya Najwa menziarahi ana. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.
Ya, buku kesayangan Aisya Najwa yang teristimewa.
-->Kekasih,
Jiwa ini seakan-akan hendak punah,
Malamku akan sepi tanpaMu,
Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu.
Kekasih,
Tak terdaya lagi serasanya,
Jiwaku seakan hendak pecah,
Rinduku padaMu membuak-buak,
Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup,
Aku rindu!
Rindu padaMu,
Kekasih,
Izinkan masa terhenti
Supaya pertemuan kita akan terjadi…

Aisya Najwa, sahabat yang paling ana kasihi. Kisah nti akan ana khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga pergi kerana cintakan Kekasihnya!
 



Wassalamualaikum WBT



No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............