Saturday, January 16, 2010

Beginikah layanan seorang anak?

Salam sahabat...alhamdulillah ada sedikit kelapangan untuk menulis..artikel kali ni menghadirkan seorang ratu dalam diri setiap anak...ana ambil sedikit sebanyak dari pembacaan ana sebelum ni..moga kita semua dapat memberikan nur yg diingini setiap ibu bapa di alam  ni yakni anak soleh wa solehah,amin






Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita.Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm - takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi - anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, 
ingatlah jasa ibu.


PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna.

Begitu mudah kita sebagai anak mengabaikan ibu bapa, walaupun sejak kecil kita ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa  sudah meninggal dunia.

Sanggupkah antum melakukan begini terhadap ibu ayah yang berjasa , mengasuh, mendidik dan membimbing hingga menjadi manusia?
Kenangilah selagi mereka masih ada....

 


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibu selagi mereka ada di sisi antum…jangan tika mereka dah tiada baru kita terkapai2 mencari kehadiran mereka..ana turut katakan ni sbg muhasabah bg diri ana serta kebaikan kita bersama..pada sahabat yg dah kehilangan ibu ingatlah mungkin jasad sudah tidak wujud tetapi kehadiran mereka sentiasa ada..di mana?Di dlm hati antum..melalui didikan serta doa mereka..justeru antum sentiasa berdoalah agar mereka ditempatkan bersama org yg beriman serta roh mereka dicucuri rahmat dari Yg Esa..wallahualam


 

 



No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............