Sunday, January 10, 2010

Warkah Buat Muslimah

Assalamualaikum WBT...artikel ni diadaptasi dari muslimman..ana olahkan sedikit bagi mmudahkan pmhaman semua...moga setiap muslimah yg ada di muka bumi ni mndapat sedikit sebanyak manfaat dari artikel ni...




Duhai Muslimah …
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang didekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Muslimah yg disayangi…
ana suka antum sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatul qur’an dan zikrullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Allah Taala…
Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nafsu dan syahwat melainkan bertambahnya keimanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi ‘title’ gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencalar rasa keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai insan yang bergelar muslimah bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2 ke arah itu, yang penting antum mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.
Muslimah…
Antum adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu antum tanggalkan dari tubuh maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu ukhti, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahirkan dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia hanya dengan sentuhan lembut tanganmu.
Ukhti muslimah…
Dalam hidup pastinya antum ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara antum tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga digadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah disebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila diletakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum antum mendekati cinta yang majazi ini, cintailah diri terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat diri yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.
Sahabat sefitrahku,
Mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hati ini diserahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya.Akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan tersiksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Ana mengakhiri artikel ni dgn selingkar madah..


Tanpa cinta, seseorang tak mungkin dapat menjadi orang yang
dicintai Ilahi. Jika antum xmemberikan cinta antum,
bagaimana Allah Taala akan mencintai antum?Namun manusia kini sudah
seperti kayu kering, mereka menyangkal cinta hakiki.
Mereka adalah orang-orang yang
kering  tak ada kehidupan! !
Suatu pohon dengan cinta,segar dan berbunga di
kala musim bunga. Tetapi kayu yang telah kering,
bahkan seandainya tujuh puluh kali musim bunga
mendatanginya, mereka tak akan pernah berbunga. Cinta membuat alam ini terbuka
dan memberikan buah-buahannya, memberikan keindahannya bagi manusia.
Tanpa cinta,
ia xkan pernah terbuka,xkan pernah berbunga,xkan pernah
memberikan buahnya.Jadi Cinta adalah tunjak utama paling penting dari Iman.
 Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri;
alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa.
Salutilah tubuhmu dengan Iman, kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
 Bersihkanlah hatimu, kemanisan Iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.
Jadilah seorang Muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku
dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan.
Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawwuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.



Wallahualam......




No comments:


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............